Syarat dan peraturan kereta sewa Global Wasi


Perjanjian sewaan kereta dibuat antara pihak syarikat dengan penyewa yang menggunakan kereta sewa. Segala peraturan sewaan kereta terdapat dalam dokumen perjanjian sewaan kereta.

  • Salinan Kad Pengenalan Penyewa
  • Salinan Lesen Memandu Penyewa
  • Salinan Kad Pengenalan Penjamin (Ahli keluarga/rakan)
  • Salinan Bil Tnb/Bil Saj/ Bil Astro.
  • *Penyewa yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap tidak dibenarkan menyewa kereta.
  • Pihak syarikat akan menyerahkan kereta sewa kepada penyewa yang telah menempah kereta mengikut tempoh sewaan seperti yang dinyatakan dalam dokumen perjanjian sewaan.
  • Penyewa hendaklah membayar kepada pihak syarikat jumlah wang yang telah dipersetujui seperti di dalam dokumen perjanjian sewaan. Setelah bayaran dibuat barulah kereta sewa akan diserahkan kepada penyewa.
  • Selain daripada pembayaran sewaan kereta, penyewa perlu membayar deposit saman berjumlah RM300 kepada pihak syarikat. Deposit saman akan dikembalikan kepada penyewa dalam masa seminggu bekerja sekiranya sepanjang sewaan penyewa tidak dikenakan sebarang saman. Deposit saman tidak akan dikenakan kepada penyewa tetap (bergantung kepada budi bicara pihak syarikat).
  • Penyewa juga
      diwajibkan
    membayar Collision Damage Waiver (CDW) sebanyak RM10 untuk sehari sewaan. CDW ini bertindak sebagai takaful. Jika kereta yang disewa mengalami calar, kemek, rosak atau terlibat dengan kemalangan, segala kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. CDW tidak menanggung kerugian akibat kehilangan kunci kereta, kes jenayah dan kes dilucutkan hak sewaan.
  • Bayaran untuk pembersihan akan dikenakan kepada penyewa sekiranya terdapat bau yang kurang menyenangkan seperti bau air susu yang tumpah, bau muntah, bau kencing bayi dan lain-lain bau yang tidak boleh dihilangkan melalui cucian biasa.
  • Penyewa tidak boleh memberikan kereta yang disewa kepada pemandu lain yang tidak mempunyai lesen.
  • Penyewa tidak boleh menyewakan kereta yang disewa kepada orang lain.
  • Penyewa tidak boleh memandu kereta sewa di bawah pengaruh alkohol.
  • Penyewa tidak boleh memandu kereta sewa dengan melanggar peraturan jalan raya seperti melanggar lampu isyarat, memotong kenderaan lain di laluan bekembar, memandu melebihi had laju kebangsaan dan lain-lain undang-undang jalan raya.
  • Penyewa tidak dibenarkan membawa penumpang melebihi had penumpang kereta sewa tersebut.
  • Penyewa tidak boleh menunda atau menarik kenderaan lain menggunakan kereta sewa.
  • Penyewa tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan di dalam kereta sewa terutamanya anjing.
  • Penyewa tidak dibenarkan menggunakan kereta sewa untuk melakukan aktiviti haram seperti meragut, menculik, merompak, melakukan penghantaran dadah dan lain-lain aktiviti yang menyalahi undang-undang Malaysia.
  • Penyewa hendaklah memastikan kereta berada dalam keadaan baik, meletakkan kenderaan di tempat parking kereta yang betul dan tidak menghalang lalu lintas.
  • Penyewa perlu memastikan air tangki sentiasa di cek sekiranya penyewa menyewa kereta dalam tempoh yang lama, bateri kereta perlu dikekalkan dan tidak dicabut sewenang-wenangnya.
  • Penyewa perlu memastikan kuantiti minyak kereta sama seperti mana mula-mula kereta diambil sebelum memulangkan kepada pihak syarikat.
  • Penyewa perlu memastikan jika kereta sewa menggunakan minyak petrol, isi minyak petrol sahaja, tidak boleh diisi dengan minyak diesel.
  • Penyewa perlu memastikan kenderaan dikunci dan selamat semasa tidak digunakan dan kunci kereta disimpan dengan selamat.
  • Penyewa perlu segera memaklumkan kepada pihak syarikat sekiranya kereta yang disewa mengalami sebarang masalah teknikal.
  • Pihak syarikat perlu memastikan kereta bersih, telah diservis dan selamat untuk digunakan oleh penyewa.
  • Pihak syarikat perlu memastikan cukai jalan kereta sewa masih hidup sepanjang tempoh penyewa menyewa kereta.
  • Pihak syarikat perlu memastikan peralatan dalam kereta sewa mencukupi seperti tayar spare, peralatan untuk mengganti tayar sekiranya tayar bocor.
  • Sekiranya kereta sewa yang digunakan oleh penyewa terlibat dalam kemalangan, penyewa atau wakil penyewa perlu segera menghubungi pihak syarikat tentang kemalangan tersebut dan pihak syarikat akan membantu penyewa menguruskan kes kemalangan tersebut.
  • Sekiranya tempoh sewaan telah tamat, penyewa perlulah menghantar semula kereta ke pejabat urusan di mana kereta sewa tersebut diambil.
  • Sekiranya penyewa ingin menambah tempoh sewaan, penyewa perlu memaklumkan kepada pihak syarikat tentang tempoh sewaan yang ingin ditambah tersebut. Pihak syarikat akan memaklumkan semula sama ada kereta sewa tersebut boleh ditambah tempoh sewaan ataupun tidak. Sekiranya tempoh sewaan tersebut boleh ditambah, penyewa perlulah membayar terlebih dahulu jumlah harga sewaan kepada pihak syarikat sebelum kereta sewa tersebut dibenarkan untuk menambah tempoh sewaan.
  • Pihak syarikat berhak membatalkan perjanjian sewaan dan menarik kereta sewa dengan segera sekiranya :
    • Penyewa melanggar undang-undang jalan raya.
    • Terdapat aduan daripada pihak polis berkaitan aktiviti jenayah yang melibatkan kereta sewa tersebut.
    • Kereta sewa tidak dijaga dengan baik.
    • Lain-lain perkara yang mendatangkan keburukan kepada kereta sewa tersebut.